Imbas Kembali.... SUKMA Terengganu '08

Saturday, January 31, 2009 ·










PEMETONG BORNEO

·

Hai rakan-rakan pemetong di seluruh bahagian negeri Sarawak. Di harapkan blog ini menjadi "One-Stop-Centre" bagi kita bersama berkongsi cerita, kisah, aktiviti petanque tak kira di mana saja berada. Diharap juga rakan petanque dari Brunei dan juga Sabah juga bersama dengan kita untuk mewujudkan integrasi, silaturrahim, perkenalan melalui sukan kesayangan kita ini.

Sila hantarkan gambar-gambar beramai pemetong di tempat saudara untuk dipostingkan di blog pepsar ini. Hantarkan gambar ke petanqueswak@gmail.com

#jangan lupa sertakan nama.

TQVM

Sepintas Lalu . . .

Monday, January 26, 2009 ·

Persatuan Sukan Petanque Sarawak telah ditubuh secara rasminya dibawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan pada 25 Julai 1998 dengan nombor pendaftaran 917.

Sukan petanque telah dimainkan secara aktif sekitar tahun1995 yang mana ketika itu begitu popular dikalangan kakitangan Petronas yang bertugas di Bintulu, Sarawak khususnya yang bertugas di Malaysia LNG Sdn. Bhd. dan ABF Sdn. Bhd.

Allahyarham En. Ali Haji Dollah yang juga kakitangan MLNG pada ketika itu adalah pengasas dan juga merupakan Yang DiPertua / Presiden pertama PEPSAR. Sekalung penghargaan yang tak terhingga buat Allahyarham atas sumbangan, usaha dan kesungguhan Allahyarham membangun dan mengembangkan sukan ini di negeri Sarawak. (bagi pelawat yang beragama Islam dipohon membaca Surah Al-Fatihah dan niatkan sedekah, moga roh Allahyarham mendapat keredhaan dari Allah swt.)

Ketika ini hampir di seluruh bahagian negeri Sarawak sudah mengenali dan bermain petanque. Terbukti sukan ini semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat kerana ianya sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina. Menjadi harapan kita semua untuk melihat Sarawak akan melahirkan pemain-pemain petanque yang handal bukan sahaja di peringkat negeri malah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Petanque Untuk Semua"

Bakat-Bakat Baru Dalam Sukan Petanque

·






Sessi latihan dibimbing oleh En. Hamdan dan Cik Dyg Badariyah
dan pelatih adalah terdiri daripada pelajar beberapa sekolah dan
atlit petanque SUKMA Terengganu 2008





GELANGGANG PETANQUE SEKITAR BINTULU

Sunday, January 25, 2009 ·


GELANGGANG PETANQUE TAMAN MILLENIUM
( 8 Gelanggang Petanque)





GELANGGANG PETANQUE TAMAN ASEAN ABF
(4 Gelanggang Petanque)





GELANGGANG PETANQUE KELAB KIDURONG BINTULU
(4 Gelanggang Petanque)

KEJOHANAN PETANQUE TRIPLE MASTERS TERBUKA SARAWAK 2008

Saturday, January 24, 2009 ·






20 & 21 Disember 2008, PEPSAR dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Bintulu telah menganjurkan Kejohanan Petanque Triple Masters Terbuka Sarawak 2008. Kejohanan ini merupakan siri Petanque Terbuka Sarawak yang ke 3 dan telah diadakan di Promenade, Bintulu

Seramai 64 pasukan telah mengambil bahagian terdiri daripada 6 pasukan dari Terengganu, 2 pasukan dari Perak, 1 pasukan dari Kelantan, 5 pasukan dari Brunei Darussalam dan selebihnya dari serata negeri Sarawak (Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri)

Pada kejohanan ini pasukan dari Kelantan telah berjaya bergelar Johan dan membawa pulang Hadiah Wang Tunai RM2000 beserta Medal, KSRP 4 (Terengganu) Naib Johan membawa pulang RM1000 dan Medal, manakala tempat Ketiga disandang oleh Santubong 6 dengan membawa pulang RM600 beserta Medal.







Pada kesempatan ini PEPSAR ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Residen Bahagian Bintulu khususnya Tuan Residen Dr. Razali Abon dan PT Tina Edward Munyug kerana banyak membantu secara langsung penganjuran ini, dan juga agensi lain seperti BDA, JKR Bintulu, Jabatan Penerangan Bintulu, Jabatan Belia dan Sukan, RELA, LAKU Management, NREB.

Tidak lupa juga kepada penyumbang-penyumbang yang memberi sumbangan samada berbentuk kewangan mahupun material seperti Malaysia LNG Sdn. Bhd., BDA, ABF Sdn. Bhd., Sarawak Land, CBS Chartered Bus, Grand Perfect Sdn. Bhd.

JAWATANKUASA PEPSAR

·

Yang Di Pertua
OTHMAN MAT
Timbalan Yang Di Pertua
HAMDAN HAMBALI
Naib Yang Di Pertua I
NGIPA LAMBAT
Naib Yang Di Pertua II
JANUDIN AB RAHMAN
Setiausaha Agung
HAMDAN ANIS
Penolong Setiausaha Agung
DAYANG BADARIYAH ABANG YA'AKUB
Bendahari Agung
ISAH HASSAN
Ahli Jawatankuasa
WAN RIDZUAN HJ WAN LAILA
MOHD LUTFI @ LET HJ UPIT
AMIR TAN ABDULLAH
MUHD SAFWAN ABDULLAH

Persatuan Sukan Petanque Sarawak

Persatuan Sukan Petanque Sarawak
Persatuan Sukan Petanque Sarawak (PEPSAR)
D/a 508J Taman Bukit Orang
Jalan Sultan Iskandar
97000 Bintulu
Sarawak

Blogpage: http://www.pepsar.blogspot.com/
e-Mail : petanqueswak@gmail.com
Fax : 086 853143 & 086 332617

Catitan YDP / Presiden

Assalamualaikum WR dan Salam Sejahtera buat semua . . .

Tahniah buat pasukan Bintulu yang berjaya menunjukkan peningkatan permainan hingga membawa tiga pasukan ke perlawanan akhir..(2 pasukan wanita dan 1 pasukan lelaki) dalam kejohanan PEtanque Maksak peringkat Negeri baru-baru ini. Tahniah buat Pengurus En Amir Tan dan Ketua Jurulatih Cikgu Mohd Lutfi yg bekerja keras utk kejayaan ini. Terima kasih juga utk AJK tEknikal di bawah En Hamdan Anis di bantu oleh rakan2nya melancarkan perjalanan pertandingan. Tahniah buat semua pasukan yang hadir dan datang ke Bintulu dalam kejohanan yang julung2 kalinya di buat di bumi kenyalang. Mudah-mudahan tahun mendatang akan lebih hebat dan meriah lagi jika kejohanan ini diteruskan. Tahniah buat Pasukan Lelaki Sri Aman..tahniah sekali lagi...

mann
21 April 2010

Jawatankuasa PEPSAR

Othman Mat
Yang DiPertua
(013 8375807)

Hamdan Hambali
Timbalan Yang DiPertua
(013 8309330)

Ngipa Lambat
Naib Yang DiPertua I
(019 8146439)

Janudin Ab Rahman
Naib Yang DiPertua II
(016 2195352)

Hamdan Anis
Setiausaha Agung
(019 8653535)

Dyg Badariyah Abg Ya'akub
Pen. Setiausaha Agung
(019 8243007)

Isah Hassan
Bendahari Agung
(013 8323822)

Ahli Jawatankuasa
Mohd Lutfi @ Let Hj Upit
(019 8147583)

Wan Ridzuan Hj Wan Laila
(019 4897214)

Amir Tan Abdullah
(019 8181182)

Muhd Safwan Abdullah
(013 8488463)

Lesen Petanque

Lesen Petanque

Petanque Boules

Petanque Boules

ungkapan bestari

"Seorang pesimis nampak kesukaran di dalam setiap peluang, seorang optimis nampak peluang di dalam setiap kesukaran."
(Winston Churcill)

TANGGUNGJAWAB KEMANUSIAAN PEPSAR

PEPSAR dengan ini mengambil pendirian menyokong penuh kempen memboikot apa-apa produk yang mempunyai kaitan dengan negara Israel(Yahudi Zionis) dan menyokong Kempen Bebaskan Palestine

mann@PEPSAR