KEJOHANAN PETANQUE TRIPLE MASTERS TERBUKA SARAWAK 2008

Saturday, January 24, 2009 ·






20 & 21 Disember 2008, PEPSAR dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Bintulu telah menganjurkan Kejohanan Petanque Triple Masters Terbuka Sarawak 2008. Kejohanan ini merupakan siri Petanque Terbuka Sarawak yang ke 3 dan telah diadakan di Promenade, Bintulu

Seramai 64 pasukan telah mengambil bahagian terdiri daripada 6 pasukan dari Terengganu, 2 pasukan dari Perak, 1 pasukan dari Kelantan, 5 pasukan dari Brunei Darussalam dan selebihnya dari serata negeri Sarawak (Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri)

Pada kejohanan ini pasukan dari Kelantan telah berjaya bergelar Johan dan membawa pulang Hadiah Wang Tunai RM2000 beserta Medal, KSRP 4 (Terengganu) Naib Johan membawa pulang RM1000 dan Medal, manakala tempat Ketiga disandang oleh Santubong 6 dengan membawa pulang RM600 beserta Medal.







Pada kesempatan ini PEPSAR ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Residen Bahagian Bintulu khususnya Tuan Residen Dr. Razali Abon dan PT Tina Edward Munyug kerana banyak membantu secara langsung penganjuran ini, dan juga agensi lain seperti BDA, JKR Bintulu, Jabatan Penerangan Bintulu, Jabatan Belia dan Sukan, RELA, LAKU Management, NREB.

Tidak lupa juga kepada penyumbang-penyumbang yang memberi sumbangan samada berbentuk kewangan mahupun material seperti Malaysia LNG Sdn. Bhd., BDA, ABF Sdn. Bhd., Sarawak Land, CBS Chartered Bus, Grand Perfect Sdn. Bhd.

Persatuan Sukan Petanque Sarawak

Persatuan Sukan Petanque Sarawak
Persatuan Sukan Petanque Sarawak (PEPSAR)
D/a 508J Taman Bukit Orang
Jalan Sultan Iskandar
97000 Bintulu
Sarawak

Blogpage: http://www.pepsar.blogspot.com/
e-Mail : petanqueswak@gmail.com
Fax : 086 853143 & 086 332617

Catitan YDP / Presiden

Assalamualaikum WR dan Salam Sejahtera buat semua . . .

Tahniah buat pasukan Bintulu yang berjaya menunjukkan peningkatan permainan hingga membawa tiga pasukan ke perlawanan akhir..(2 pasukan wanita dan 1 pasukan lelaki) dalam kejohanan PEtanque Maksak peringkat Negeri baru-baru ini. Tahniah buat Pengurus En Amir Tan dan Ketua Jurulatih Cikgu Mohd Lutfi yg bekerja keras utk kejayaan ini. Terima kasih juga utk AJK tEknikal di bawah En Hamdan Anis di bantu oleh rakan2nya melancarkan perjalanan pertandingan. Tahniah buat semua pasukan yang hadir dan datang ke Bintulu dalam kejohanan yang julung2 kalinya di buat di bumi kenyalang. Mudah-mudahan tahun mendatang akan lebih hebat dan meriah lagi jika kejohanan ini diteruskan. Tahniah buat Pasukan Lelaki Sri Aman..tahniah sekali lagi...

mann
21 April 2010

Jawatankuasa PEPSAR

Othman Mat
Yang DiPertua
(013 8375807)

Hamdan Hambali
Timbalan Yang DiPertua
(013 8309330)

Ngipa Lambat
Naib Yang DiPertua I
(019 8146439)

Janudin Ab Rahman
Naib Yang DiPertua II
(016 2195352)

Hamdan Anis
Setiausaha Agung
(019 8653535)

Dyg Badariyah Abg Ya'akub
Pen. Setiausaha Agung
(019 8243007)

Isah Hassan
Bendahari Agung
(013 8323822)

Ahli Jawatankuasa
Mohd Lutfi @ Let Hj Upit
(019 8147583)

Wan Ridzuan Hj Wan Laila
(019 4897214)

Amir Tan Abdullah
(019 8181182)

Muhd Safwan Abdullah
(013 8488463)

Lesen Petanque

Lesen Petanque

Petanque Boules

Petanque Boules

ungkapan bestari

"Seorang pesimis nampak kesukaran di dalam setiap peluang, seorang optimis nampak peluang di dalam setiap kesukaran."
(Winston Churcill)

TANGGUNGJAWAB KEMANUSIAAN PEPSAR

PEPSAR dengan ini mengambil pendirian menyokong penuh kempen memboikot apa-apa produk yang mempunyai kaitan dengan negara Israel(Yahudi Zionis) dan menyokong Kempen Bebaskan Palestine

mann@PEPSAR